Akaun gpmselangor.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
PROJEK SUMBANGAN LAPTOP KEPADA MAHASISWA

Sebenarnya ramai mahasiswa tiada laptop untuk kegunaan pengajian mereka. Jika di kampus masih boleh gunakan komputer di makmal komputer, perpustakaan atau pinjam daripada kawan sekuliah. Namun apabila keadaan pandemik COVID19 dan pelaksanaan PKP 2.0, semua mahasiswa berada di rumah untuk teruskan pengajian secara atas talian. 

Oleh itu ramai yang tiada kemudahan laptop untuk mengikuti kuliah atas talian atau menyelesaikan tugasan kuliah. Hanya telefon pintar sahaja yang mampu. Oleh itu, sumbangan anda yang budiman sangat membantu mahasiswa yang sangat memerlukannya. Semoga sumbangan anda diterima oleh Allah swt dan dikira sebagai amal soleh. Amin. Insya Allah.